10 kematian kes COVID-19 hari ini

Jumlah kematian akibat COVID-19 di negara ini meningkat

KUALA LUMPUR-Angka kematian di negara ini disebabkan wabak COVID-19 meningkat kepada 717 kes secara keseluruhan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 10 kematian termasuk satu bukan warganegara dilaporkan hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan melibatkan 7 pesakit lelaki dan tiga wanita

Pesakit paling muda direkodkan sebagai lelaki berumur 32 tahun dan paling tua melibatkan wanita berusia 89 tahun.

Lapan daripada kes kematian membabitkan penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, kencing manis dan paru-paru dan dua lagi kes belum direkodkan punca sebenar.

Jumlah kematian di Malaysia bagaimanapun kekal rendah dengan kadar 0.4 peratus berbanding 198,208 kes kumulatif positif COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.