Pembahagian, Speaker, Exco PN Kedah selesai diputuskan

KUALA LUMPUR– Pembahagian jawatan bagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah termasuk Exco telah selesai diputuskan.

Difahamkan, perkara itu mendapat kata sepakat daripada pemimpin utama di peringkat pusat setelah mengadakan perbincangan.

PN Kedah dijangka akan membentuk kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Pada 12 Mei, ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah selepas mendapat 23 sokongan ADUN terdiri daripada PAS (15), UMNO (2), Bersatu (4) dan Bebas -PKR (2).

Terdahulu, seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN selesai mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman jam 12 tengah hari, hari ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.