Pemain dan pegawai Harimau Malaya terima suntikan pertama vaksin

Pemain kebangsaan telah menerima suntikan vaksin semalam

KUALA LUMPUR-Hampir keseluruhan pemain skuad kebangsaan telah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama, semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, para pemain termasuk ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pegawai pasukan menerima suntikan di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik Putrajaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain yang sedang beraksi di luar negara pula tidak akan menerima suntikan di Malaysia.

Menurutnya, mereka akan terus ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekiranya terpilih.

Antara pemain negara yang beraksi di luar adalah penyerang sedang meningkat naik, Luqman Hakim Shamsudin yang beraksi di Liga Belgium bersama KV Kortrijk.

Selain itu, pemain naturalisasi iaitu Junior Edstal mewakili kelab Chonburi Thailand manakala Liridon Krasniqi bermain di Australia bagi pasukan New Castle Jet.

Kempen terakhir bagi kelayakan Piala Dunia 2022  melibatkan pasukan negara akan diadakan di UAE pada Jun depan.

Rentas7 / Foto: Perkembangan Bola Sepak Tempatan dan Antarabangsa

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.