Suami isteri kreatif sungguh!

Kreativiti suami isteri ini berniaga mendapat pujian netizen

BANGKOK– Sepasang suami isteri hanya menggunakan batang paip dan plastik bagi menggantikan meja “kaca” menyimpan ayam goreng.

Perniagaan suami isteri itu dibuka di Kampung Klong 10 Lam Luk Ka.

Kreativiti pasangan itu menjadi tular di media sosial dan menerima pujian warganet.

Selain itu, mereka menggunakan kayu terpakai dalam menghasilkan buaian sebagai tempat menunggu pesanan.

Plastik dan batang paip yang digunakan sebagai gantian kepada meja kaca menyimpan ayam

Perniagaan ayam goreng bersama pulut itu dibuka setiap hari iaitu dari Isnin hingga Sabtu bermula jam 6 pagi hingga 10 malam (waktu tempatan).

Pulut ayam bersama bawang goreng dan sos pencicah merupakan salah satu makanan kegemaran bagi rakyat Thailand.

Malah, ia antara pilihan utama kaki “travel” terutamanya rakyat Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.