Kapal selam Indonesia hilang, gagal dikesan

KRI Nanggala -402

JAKARTA– Kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala -402 yang membawa 53 kru hilang tanpa dapat dikesan.

Berita Harian memetik Kompas melaporkan, aset ketenteraan Indonesia itu hilang di Laut Bali ketika menjalani latihan torpedo pada pagi tadi.

Panglima Angkatan Tentera Laut Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata, kapal berkenaan gagal dihubungi selepas diberikan kebenaran menyelam.

“Selepas diberikan ‘clearance’ kami tidak dapat menghubungi mereka (KRI Nanggala-402),” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Beliau berharap semua kru selamat dan KRI Nanggala-402 ditemui semula.

Susulan kehilangan itu, Indonesia meminta bantuan Australia dan Singapura bagi mengesan KRI Nanggala-402.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.