Mukhriz buat “prank”, terima pelbagai reaksi netizen

ALOR SETAR– Senaman rengangan badan yang dilakukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui video di Facebook rupa-rupanya hanya gurauan.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, Mukhriz yang dilihat seperti duduk dengan kaki menjulur ke depan sedang menarik hujung tapak kasutnya ke arah berlawanan.

Senaman seperti itu sebenarnya agak sukar dilakukan oleh individu yang berisi atau gemuk.

“Lepas kita exercise (senaman) elok kita
buat stretching (rengangan) bagi melonggarkan balik muscle-muscle (otot) yang kita senaman tadi,”,katanya sambil meneruskan bersenam dan berpura-pura sedikit kepenatan.

Di penghujung video, Mukhriz mengalihkan dua kasut di hadapnnya yang sebenarnya tidak pun dipakai manakala posisinya hanya duduk bersimpuh.

Video dimuat Naik pada 5 April lalu mendapat pelbagai reaksi netizen baik positif mahupun negatif.

Ia boleh ditonton di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.