Padah tangkap ikan di perairan negara, lapan warga Filipina ditahan

MIRI- Seramai lapan kru warga Filipina dan dua rakyat Malaysia yang menaiki bot tempatan ditahan Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas memasuki perairan Serawak dari Sabah, petang semalam.

Menurut Maritim, kesemua kru berusia 18 hingga 75 tahun ditahan dalam Ops Naga Timur pada jam 4 petang.

Mereka yang kelihatan mencurigakan anggota dikesan pada jarak 0.4 batu nautika dari kapal peronda.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa bot nelayan (gambar) terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63,”katanya

Maritim berkata, ikan campur seberat kira-kira dua tan bersama lima bot kecil serta enam enjin sangkut 15HP disita.

“Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM500,000,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.