Polis pun ada buka pondok, PAMM tuntut video Asri dipadam

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berharap Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan terutamanya melibatkan isu peribadi.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan Asri Janggut mengaitkan majoriti polis tidak solat bukan sahaja menguriskan hati anggota tetapi keluarga mereka.

“Kenyataannya yang pukul rata membuka ruang kepada pihak yang tidak menyukai pasukan keselamatan untuk mencari salah anggota.

“Walaupun Asri sudah memohon maaf tapi bagi PAMM ia tetap kenyataan yang sensitif. Kita tuntut semua video yang menyiarkan kenyataannya dipadam,”katanya hari ini.

Mustafa berkata, ramai dalam kalangan anggota polis lebih “alim” daripada masyarakat biasa.

“Antaranya adalah bekas pemangku Ketua Kedah, Haji Yaakob Talib yang merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Al Naim di Kuala Ketil Kedah.

“Sekolah berkenaan telah melahirkan ramai insan berjaya termasuk pendakwah,”katanya.

Katanya, walaupun PAMM pernah memuji tindakan Asri membongkar jenayah namun dalam isu ini persatuan berkenaan enggan bersama.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.