11 individu dalam senarai dikehendaki polis

KELANTAN- Seramai 11 individu sedang dijejaki Polis Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan jenayah Narkotik khususnya di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, DCP Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kesemua suspek tersebut berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan ada yang menetap di luar negeri ini.

“Daripada jumlah itu, seorang daripada mereka adalah wanita,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

(Individu-individu sedang yang sedang dikesan)

Beliau berharap kesemua individu berkenaan tampil memberi kerjasama dengan menghubungi pegawai penyiasat agar tindakan boleh dilengkapkan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini juga boleh menyalurkan maklumat terus kepada pegawai penyiasat atau terus ke mana-mana balai polis yang berdekatan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.