Panduan penting sekiranya sesat dalam hutan

Kerap kali kita mendengar kes orang sesat ketika masuk ke dalam hutan.

Ada yang hilang berhari-hari, berminggu-minggu dan tidak kurang yang terus gagal dikesan tanpa jejak.

Bagi yang merancang untuk masuk ke dalam hutan, adakah anda telah bersedia jika tiba-tiba sesat atau perkara buruk berlaku?

Jika belum, jom baca tips berguna dikongsikan seorang pemuda seperti di bawah ini:

[tabs slidertype=”top tabs”] [tabcontainer] [tabtext][/tabtext] [/tabcontainer] [tabcontent] [tab]Korang yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ni kan?

Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir (gambar di atas).

Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.

Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini?

langkah-langkah perlu anda lakukan:

1️⃣ Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan

2️⃣Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat

3️⃣Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain

4️⃣Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar.

✔️Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu

Kredit: Dolinik Roslan[/tab] [/tabcontent] [/tabs]

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.