“Nilai kami dalam Parlimen”

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) wajar diberikan peluang untuk membentuk Kabinet kerajaan selepas PRU-15.

Ketua Penyelaras PUTRA Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PUTRA mempunyai semua calon berwibawa dan mampu memberikan sumbangan besar kepada negara.

“Berikan kami peluang, pilih PUTRA PRU-15 ini. Kemudian nilai kami di Parlimen.

“Itu baru adil, rakyat telah pun melihat prestasi kerajaan di bawah Pakatan Harapan dan kini sedang menilai Perikatan Nasional PN di Parlimen,”katanya hari ini.

Beliau berkata, PUTRA mengutamakan calon yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, sebaliknya menitikberatkan perpaduan kaum.

“Mungkin ada yang bilang PUTRA ini hanya akan utamakan bangsa Melayu. Saya ingin sebut bahawa tanggapan ini salah.

“Kami akan bertindak sebagai satu parti yang bergerak untuk perpaduan semua kaum. Namun pendirian kami jelas iaitu hak Melayu jangan sekali diusik,”katanya.

Mustafa berkata, dengan usia yang masih muda bukan alasan untuk rakyat takut memilih PUTRA.

“Usia PUTRA belum pun sampai dua tahun, walau begitu janganlah bimbang memilih kami.

“Usia parti bukanlah perkara mustahak, tapi apa yang penting ialah intigriti dan kewibawaan seseorang calon,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.