Lima warga Myanmar tiada permit ditahan

Lima warga Myanmar ini ditahan APMM kelmarin kerana melanggar undang-undang negara

KUANTAN– Lima krew termasuk tekong warga Myanmar yang tiada permit kerja ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jarak kira- kira 1.7 batu nautika tenggara Kuala Kuantan tengahari kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Datuk Amran Daud berkata, mereka berumur antara 24 sehingga 42 tahun itu melakukan kesalahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah serta lesen vesel telah tamat tempoh.

“Kesemua mereka bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan seberat 400 kilogram ditahan dan diiring masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Kuantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat lesen dan syarat pas kerja.

Rentas7.com/ Foto: APMM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.