Lelaki keluar cari rezeki maut dirempuh pemandu mabuk

GEORGETOWN– Sebuah kereta (gambar) dipandu wanita dipercayai mabuk melanggar dua buah motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Kejadian berlaku di simpang empat jalan Dato Keramat jam 6.50 pagi, hari ini

Menurut laporan Harian Metro, rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu kereta terbabit tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat tersebut sebelum merempuh dua motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.

Mangsa, Mohaidin Gani Mohamad,65, yang merupakan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kereta dipandu wanita warga China berusia 24 tahun itu merempuh mangsa dan sebuah lagi motosikal dari arah belakang.

Menurutnya, mangsa yang dirempuh sedang berhenti di lampu isyarat tersebut, polis akan memohon reman ke atas wanita terbabit esok.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kita sedang mengesan saksi bebas.

“Sempel darah pemandu terbabit diambil bagi ujian kandungan alkohol dan dadah,”katanya yang dilaporkan Harian Metro.

Kes disiasat bawah Seksyen 44 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Rentas 7.com/ Photo Harian Metro

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.