Skuad B-22 mampu tempa kejayaan – Hamidin

KUALA LUMPUR- Anak buah Datuk Ong Kim Swee mampu memberikan cabaran di Sukan SEA 2019 di Filipina.

Keyakinan itu dilontarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berdasarkan prestasi anak buah Kim Swee.

Hamidin berkata, skuad B-22 negara mampu menempa kejayaan dan beliau yakin dengan kemampuan para pemain.

“Ini juga membuka peluang kepada setiap pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing,”katanya hari ini.

Terdahulu, beliau hadir untuk menonton dua perlawanan persahabatan skuad B-22 menantang Northern Territory Selection dan Western Australia Selection .

Setiap permainan berlangsung dalam tempoh 50 minit dan Malaysia berjaya mencatat kemenangan ke atas kedua-dua perlawanan tersebut.

Malaysia menewaskan Northern Territory Selection 3-0 hasil jaringan Khairul Amizan Suhaimi, Luqman Hakim Shamsudin dan R.Dinesh.

Satu lagi perlawanan, skuad belia kebangsaan menang ke atas Western Australia Selection 2-0 hasil jaringan Hadi Fayyadh dan Kogileswaran Raj.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Filipina, Myanmar, Timor Leste dan Kemboja.

Perlawanan pertama pada Isnin depan mempertemukan antara Malaysia dengan Myanmar.

Rentas7/ Foto FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.