NVOG&Freinds santuni wira oren MBSP

NVOG& Friends menyantuni wira oren MBSP

SEBERANG PERAI-Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang Kelab Permotoran Northern Versys Owner Group menyantuni ‘frontliner’ kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 30 April lalu.

Presiden NVOG & Friends, Ahmad Fazrul Shahril Tajuddeen berkata, melalui program itu, petugas kebersihan MBSP menerima sedikit sumbangan yang diagihkan kepada mereka.

Menurutnya, program berkenaan dilakukan dengan kerjasama MBSP, Kelab Permotoran NADV150 serta sokongan dari Pejabat Parlimen Permatang Pauh dan Pusat Khidmat ADUN Penanti.

“Satu acara gilang gemilang telah diadakan bertujuan untuk meraikan serta menyantuni golongan “Wira Oren” yang sentiasa di hadapan dalam isu perbandaran sekitar Seberang Perai dan telah diadakan di Depoh Jabatan Perbandaran Ampang Jajar,” katanya.

Ahmad Fazrul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

Terdahulu, MBSB yang diketuai oleh Ahli Majlis Saudara Ahmad Rizal Abd Hamid berkonvoi bersama lebih 30 motosikal dari Kelab Permotoran NVOG & NADV150 begerak dari Bangunan Uda Jalan Baru menuju ke Depoh Jabatan Pembandaran Ampang Jajar

Kumpulan konvoi disambut oleh kakitangan yang berseragam oren. Upacara ringkas diadakan dan memastikan SOP serta penjarakan diadakan dengan begitu pantas. Dimulakan dengan bacaan doa oleh ahli NVOG Ustaz Asward dan upacara penyampaian sumbangan disempurnakan oleh wakil MBSP serta NVOG yang hadir.

Ahmad Fazrul berkata, konvoi seterusnya bergerak ke Perumahan Rakyat Ampang Jajar untuk mengedarkan Bubuk Lambok khas yang dimasak secara bergotong royong kepada penduduk di situ serta orang ramai yang lalu lalang.

“Lebih 200 pek bubur lambok sumbangan dari Ahli NVOG yang disediakan serta bungkusan kurma yang habis diedarkan dalam masa 30 minit.

“Rata-rata penduduk yang menerima mengucapkan jutaan terima kasih dan konvoi bergerak pulak menuju ke Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Bertam Kepala Batas untuk bersolat Asar.

“Selepas itu kami meneruskan aktiviti amal bersama AJK Kariah Masjid untuk membantu mengedarkan 700 pak bungkusan nasi kepada warga Bertam dimana pihak masjid menyediakan juadah berbuka setiap petang secara pandu lalu (drive thru) bermula jam 6 petang,” katanya.

Beliau berkata, program Infak Ramadan 2021 NVOG kali ini banyak mengajar tentang erti sedekah dan beramal tidak kira di mana sahaja.

“Rata-rata peserta konvoi melahirkan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk beramal kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di masa sekarang dengan keadaan COVID-19 masih lagi melanda seluruh rakyat dunia yang terkesan masih lagi ada yang sudi membantu meringankan beban yang ditanggung.

“NVOG merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat terutama Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) serta Kelab Permotoran NADV150 dalam usaha menjayakan program yang dirancang dengan tempoh yang sangat singkat.

“Semoga usaha group bikers menginfaq di bulan yang mulia ini mendapat keredhaan disisinya dan diberkati olehnya,” katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.