Pertempuran sengit, askar Thai, kumpulan pembebasan maut

Kawasan pertempuran di antara kedua-dua pihak

PATANI– Dua pejuang Melayu Patani terkorban manakala seorang tentera kerajaan maut dalam satu pertempuran hebat di Kampung Batu Belah, Mukim Sae daerah Krong Pinang semalam.

Media tempatan melaporkan, pertempuran berlaku selepas pasukan tentera melakukan operasi pengepungan di kawasan berkenaan.

Tentera Thai yang maut dikenali sebagai Naphuet Suksorn berusia 27 tahun.

Dua pejuang Melayu Patani yang maut akibat ditembak dikenali sebagai Ridwan Ramli dan Ilyas Abdul Qodir.

Susulan kejadian, seorang lelaki bernama Wan Hassan,30, ditahan tentera di Kampung Aryong, Tanah Putih, daerah Bannang Sata Wilayah Yala.

Wan Hassan dikaitkan dengan gerakan kumpulan perjuangan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.