Lawatan khas keluarga penghuni penjara sempena Aidilfitri

Jabatan Penjara Malaysia

KAJANG, 27 April 2022 – Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 kepada
keluarga penghuni penjara.

Maklumat perjumpaan ialah seperti berikut:

1. Lawatan ditetapkan pada Hari Raya Ketiga dan Keempat bagi semua
Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dan semua lawatan di institusi￾institusi penjara ditutup pada Hari Pertama dan Kedua Perayaan.

2. Dua (2) kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian (online/ video call). Kaedah secara dalam talian bermula pada 5 hingga 7 Mei 2022.

3. Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

3.1 Waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

3.2 Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga (3) hari selepas pengambilan sample dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

3.3 Pelawat diminta membawa Kad Lawatan serta Kad Pengenalan bagi memudahkan urusan.

3.4 Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.

Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara.

3.5 Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang
beragama ISLAM sahaja.

3.6 Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara.

Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan
sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan.

3.7 Pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.

3.8 Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali
sahaja lawatan daripada keluarga.

3.9 Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja.

Terdapat tiga (3) kaedah tempahan iaitu:
i. Sistem i-Visit di laman web:

www.prison.gov.my
ii. Panggilan telefon di institusi berkenaan dan

iii. E-mel atau surat ke institusi berkenaan.

3.10 Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas
tempahan dibuat.

Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat institusi boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia:
www.prison.gov.my

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.