Bangladesh jemput Indonesia lawan pemanas badan

Bangladesh mahu menguji Indonesia sebelum terbang ke Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR-Bangladesh yang diundi satu kumpulan bersama skuad negara dalam Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 membuat persiapan serius sebelum bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun depan.

Memetik Asean Football, Persatuan Bola Sepak Bangladesh telah menghantar jemputan rasmi kepada Indonesia bagi mengadakan perlawanan persahabatan.

Perlawanan pemanas badan itu dijadual pada 1 Jun sekiranya Indonesia menerima jemputan itu.

Selain Bangladesh, Turkmenistan dan Bahrain turut diundi bersama Malaysia selalu tuan rumah.

RENTAS7/FOTO: Asean Football

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.