Indonesia buru tiga mata penuh ke atas Vietnam esok

Skuad Sukan SEA 2022 Indonesia

KUALA LUMPUR-Indonesia bersiap sedia memburu kemenangan ke atas tuan rumah Vietnam pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA 2022 di Stadium Viet Tri, Phu Tho, esok.

Ketua Jurulatihnya, Shin Tae-yong berkata, para pemainnya dalam kondisi terbaik bertemu Vietnam dan siap bekerja keras menghadapi perlawanan itu.

“Kami harap pemain fokus, disiplin dan berjuang maksimal demi meraih kemenangan. Sejak saya melatih Indonesia, sudah dua kali menghadapi Vietnam.

“Secara kemampuan Vietnam tim yang bagus, apalagi ada senior saya yang melatih (Park Hang-seo), namun performa kami semakin naik dan ditambah pemain-pemain yang bermain di luar negeri,”katanya yang dipetik daripada Facebook Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini.

Pada temesya kali ini, Indonesia mempertaruhkan skuad terbaik pernah mereka lahirkan menerusi gabungan pemain-pemain muda berkualiti tinggi yang menimba pengalaman bersama  kelab tempatan dan luar negara.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.