Kem Singapura berdepan masalah kecederaan

KUALA LUMPUR -Kem Singapura berdepan dengan kecederaan menjelang Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan membuka tirai pada lusa.

ASEAN FOOTBALL melaporkan penyerang Singapura, Ikhsan Fandi (gambar) mengalami kecederaan pada lutut kanan selepas membantu negaranya menewaskan Maldives 3-1 pada laga persahabatan semalam.

Selain itu, pemain tengah Adam Swandi menyertai Ikhsan dalam senarai kecederaan.

Penyerang BG Pathum United berusia 23 tahun itu dan rakan sepasukannya telah dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

RENTAS7/ FOTO: ASEAN FOOTBALL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.