Jodoh Park Hang Seo dan Vietnam berakhir

KUALA LUMPUR -Jodoh Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dengan ketua jurulatih mereka, Park Hang Seo tidak berpanjangan apabila kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak pada 31 Januari 2023, menurut ASEAN Football pada hari ini.

Ia beerti jurulatih dari Korea Selatan itu akan membimbing Vietnam menghadapi kejohanan terbesar terakhir iaitu AFF Mitsubishi Electrik Cup 2022 pada bulan Disember ini.

Park Hang Seo mempunyai rekod cemerlang bersama Vietnam apabila membawa Vietnam memasuki pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Beliau turut membawa Vietnam muncul sebagai lapan pasukan terbaik Piala Asia 2019, Naib Johan Piala Asia bawah 23 tahun 2018, empat teratas Sukan Asia 2018, juara Piala AFF 2018 serta pingat emas Sukan Sea 2019 dan 2021.

RENTAS7/ FOTO : ASEAN FOOTBALL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.