Pemilik kebun sedekahkan hasil tanaman kepada 300 penduduk

Rahman kiri bersama jentera PAS Cawangan Taman Desa Bidara mengagihkan sayur-sayuran kepada penduduk

KUALA KETIL– Mulianya hati pemilik kebun apabila sanggup sedekahkan 300 kilogram sayur-sayuran kepada 300 penduduk berbilang bangsa di Taman Desa Bidara, hari ini.

Setiausaha PAS cawangan Taman Desa Bidara, Rahman Hashim berkata, pemilik kebun iaitu Khairizam Ahmad,43, mengagihkan hasil tanaman bayam dan kangkong kepada penduduk melalui bantuan PAS Cawangan Taman Desa Bidara.

“Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil Mejar (B) Mansor Zakaria juga bersama kita bagi mengedarkan sayur dan menyantuni penduduk di kawasannya,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Rahman berkata, sebelum ini sudah dua kali PAS Cawangan Taman Desa Bidara mengedarkan bekalan makanan kepada penduduk di situ.

“Saya dan YB ucapkan terima kepada penyumbang dan diharap lebih ramai yang akan menyumbang bagi ringankan atau membantu penduduk yang terjejas sepanjang PKP membasmi COVID-19.

“Sama-samalah kita membantu penduduk yang memerlukan,”katanya.

Dalam pada itu katanya, PAS Taman Desa Bidara akan sentiasa memantau keadaan penduduk bagi mengelakkan mereka terputus bekalan makanan.

“Aahli-ahli PAS di taman ini sentiasa memberi kerjasama untuk mengesan penduduk taman yang terputus bekalan dari semasa ke semasa.

“Sebelum ini pun, ramai yang menyumbang wang untuk membeli barangan dan diagihkankan kepada golongan asnaf,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.