Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia bantu ramai pesakit

Orang ramai sedang menunggu giliran pemeriksaan kesihatan

NIAT membantu masyarakat untuk sihat mendorong seorang lelaki berpengalaman luas dalam industri _BioTechnology_ untuk sediakan servis pemeriksaan imbasan penyakit sekaligus membantu ramai keluar daripada masalah kesihatan.

Menerusi teknologi dinamakan Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia dari Rusia, setiap individu dapat mengesan penyakit sedang dihadapi dan bakal dihadapi mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Berkongsi tentang perkara itu, pakar dalam industri bio teknologi, Hj Ahmad Nizal Desa, dari Kulim Kedah berkata, teknologi canggih itu dapat menyemak kesihatan seseorang dengan tepat dan menyeluruh.

“Asasnya ia merupakan peranti yang boleh mengimbas seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Kita boleh melihat segala-gala permasalahan yang terdapat dalam badan seseorang pada hari ini dan ramalan apa akan berlaku pada tubuh dalam tempoh tiga tahun akan datang,”katanya kepada RENTAS7.

Beliau berkata, Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia berfungsi dengan mengimbas seluruh sel dalam badan seseorang menggunakan teknik gelombang.

“Kesihatan setiap satu sel akan memberikan jawapan terhadap tahap fungsi organ-organ di dalam badan.

“Ia juga boleh mengesan apa sahaja jenis penyakit dalam badan dan punca kepada penyakit itu,”katanya sambil menambah imbasan dilakukan hingga ke peringkat kromosom ke DNA seseorang.

Jelas Haji Nizal, masa imbasan bagi mereka sihat mengambil masa 10 hingga 15 minit manakala sehingga 30 minit bagi individu banyak penyakit.

Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia berupaya memeriksa badan manusia hingga ke peringkat sel

“Selepas imbasan dilakukan, kita akan menasihati mereka untuk sekali lagi membuat rawatan di klinik atau hospital atau mungkin juga kepada pemeriksaan imbasan CT (Computed Tomography) untuk sekali lagi pengesahan masalah kesihatan mereka.

Pemeriksaan imbasan dengan teknologi dari Rusia ini membantu pesakit mengenal pasti sakit sebenar dialami mereka

“Alhamdulillah Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia dapat membantu masyarakat melakukan pengesanan awal. Jadi pada hari ini kita boleh tahu diri kita sihat atau tidak atau apa akan berlaku pada kesihatan untuk tiga tahun akan datang,”katanya.

Katanya lagi, alat berkenaan turut berkebolehan mengesan pelbagai jenis virus dan bakteria termasuk cacing dalam tubuh badan manusia.

Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia menjadi pilihan banyak agensi dan jabatan

“Ketika penularan COVID-19 sebelum ini, kita telah membantu mengesan ramai orang yang dijangkiti virus tersebut. Selepas selesai imbasan kita meminta mereka melakukan ujian saringan dan memang betul pesakit-pesakit itu positif,”katanya.

Tambahnya, beliau salah satunya individu yang mempunyai alat tersebut di negara ini dengan berjumlah beberapa unit.

Selain servis imbasan pemeriksaan, Haji Nizal asal dari Balik Pulau Pinang itu turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk berkalobarasi bersama bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan menyemak tahap kesihatan masing-masing.

“Baru-baru ini saya telah mendedahkan teknik teknologi ini kepada satu persatuan perawat-perawat Malaysia. Alhamdulillah mereka berminat untuk menjemput saya mengajar mereka cara mengendalikan alat berkenaan,”katanya yang menyediakan servis berkenaan sejak 2018.

Lagi berkaitan Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia:

https://youtu.be/ZHS29wK20Lc

Selain berpengalaman bekerja dengan sebuah syarikat swasta selama puluhan tahun dalam industri bioteknologi, Hj Nizal turut aktif dalam melakukan kajian dan penghasilan pelbagai jenis ubat-ubatan berkualiti tinggi.

“Alhamdulillah ramai yang sembuh selepas membuat imbasan pemeriksaan serta mengambil saranan yang disyorkan. Mereka itu termasuklah pesakit kanser dan pesakit kencing manis kronik dan bebeapa sakit knonik lain,”katanya yang menyediakan khidmat konsultasi percuma.

Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia membantu pesakit mengimbas penyakit hingga ke peringkat sel badan

Dalam pada itu, Haji Nizal berkata, sikap masyarakat yang menggunakan pelbagai produk kesihatan tanpa memahami fungsi sebenar produk tersebut mengundang bahaya.

“Masalah yang berlaku apabila kita tidak mengenali tahap kesihatan diri sendiri dan main beli apa orang cakap. Keadaan itu tidak memberikan kebaikan kepada tubuh badan.

Hanya 15 minit masa diambil untuk mengimbas keseluruhan badan bagi individu normal dan 30 minit bagi mereka yang berpenyakit

“Satu hal lagi, jika pengguna itu membeli produk dari pengeluar terbaik alhamdulillah, tetapi jika beli produk dihasilkan di belakang rumah saja ia akan mendatangkan lebih banyak kesan sampingan,”katanya.

Katanya, antara faktor lain ramai dibelenggu masalah kesihatan kerana mengambil ringan terhadap pemeriksaan kesihatan termasuk menyangka mereka sentiasa sihat.

Pakej disediakan

Oleh sebab itu katanya, menerusi perkhidmatan ditawarkan beliau mahu membantu masyarakat mendapatkan produk yang baik.

“Contohnya, apabila seseorang itu perlukan zat tertentu, maka ambil apa yang kurang itu sahaja. Misalnya orang itu kekurangan vitamin B3 dalam badan.

“Maka jangan mengambil multiple vitamin B, tetapi makan apa yang kurang itu saja barulah kesihatan boleh pergi ke peringkat optimum,”katanya yang menyediakan khidmat konsultasi percuma kepada pelanggan.

Hj Nizal dua kiri bersama pasukan membuat pemeriksaan kesihatan kepada siapa sahaja yang memerlukan

Untuk mendapatkan pemeriksaan atau _saranan_ ubat-ubatan boleh menghubungi Haji Nizal di talian 019-4146025.

Penyakit yang ada di sekitar paru-paru juga dapat dikesan Health Check Bioscan & Diagnose Metaphatia

Orang ramai juga boleh melayari channel HNZL HEALTH INFO CENTER di kumpulan telegram bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai info kesihatan.

Selain dari itu untuk mengetahui cara scan dan diagnose boleh layari you tube di jaringan https://youtu.be/ZHS29wK20Lc

𝓗𝓝𝓩𝓛
✨Memanafaatkan Ilmu & Sumber✨

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.