Warga asing ditemui maut ditikam

KENINGAU– Wanita Indonesia ditemui meninggal dunia oleh orang awam di kuarters kilang di Jalan Ulu Patikang semalam.

Mangsa berusia 45 tahun ditemui dengan keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di badan.

Wanita malang itu ditemui pada jam 2.30 pagi dalam keadaan terbaring di pintu masuk ke rumahnya, lapor Sabah News Today (SNT).

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahudin Mat Husain (gambar) berkata, polis menemui sebilah pisau yang mempunyai kesan darah di depan rumah mangsa.

Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian dengan beberapa kesan tikaman.

“Tindakan pantas polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia pada hari sama,”, katanya kepada SNT.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk bedah siasat.

“Suspek berusia 16 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”katanya.

Rentas7.com/ Foto SNT

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.