Laporan tak tepat, JAS tegur Selangorkini

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) merujuk kepada artikel atas talian oleh portal selangorkini.my bertajuk “Sah Kumbahan IWK Punca Air Sungai Gong Berwarna Hitam’ yang dikeluarkan pada 24 September 2020.

Ketua Pengarah Alam Sekitar
Putrajaya, Norlin Jaafar berkata, JAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan bahawa loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) terlibat dalam kes pencemaran air berwarna hitam di Sungai Gong pada 19 September 2020.

“JAS mendapati bahawa artikel tersebut telah disalah lapor dan menimbulkan
salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Bertindak atas perkara tersebut, pihak
selangorkini.my telah menarik balik kenyataan yang dikeluarkan menerusi portal akhbar berkenaan,”katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan laporan yang tidak tepat berhubung perkara ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.