Fokus pulih ekonomi, model ekonomi bakal bantu rakyat

Mustaffa kanan dalam satu program baru-baru ini

SUNGAI PETANI -Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah akan memberikan fokus memulihkan ekonomi sekiranya diberikan mandat pada PRU-15 dan bukannya mengaut kekayaan seperti mana pemimpin lain terlibat skandal rasuah.

Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, model khusus bagi pemulihan ekonomi akan dibentangkan dalam Parlimen.

“Antara fokus kita ialah membaiki nilai Ringgit Malaysia yang semakin jatuh, menyakinkan dan menarik pelabur serta menjana ekonomi rakyat.

“Selain negara di Eropah, Timur Tengah, Asia Barat dan selainya, kita juga mahu memanfaatkan negara besar dan kaya jiran di ASEAN seperti Indonesia dan Brunei untuk menjadi salah satu rakan penting Malaysia dalam sektor ekonomi,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa berkata, Warisan mempunyai formula atau model ekonomi khas untuk merealisasikan rencana dibuat dan yakin usaha itu akan bermula dengan sokongan rakyat terhadap mereka pada PRU-15 ini.

Mustaffa berkata, kejatuhan ekonomi negara kini disebabkan banyak pelabur lebih berminat untuk melabur di negara lain.

“Faktor itu selain daripada politik tidak stabil ialah kerana masalah politik kita yang tidak stabil dan sihat.

“Justeru itu, Warisan menjadi inisiatif terbaik untuk dipilih rakyat Malaysia,”katanya.

Mengulas soal kerjasama politik selepas PRU-15, Mustaffa berkata, persoalan itu bukanlah isu utama setakat ini.

“Apa paling penting rakyat perlu meramaikan lagi calon Melayu Idalam Parlimen, antaranya ialah dengan mengundi kami,”katanya.

Beliau berkata, Warisan sebuah parti yang berpengalaman bekerjasama dengan parti-parti lain sebelum ini.

Menurutnya, pengalaman itu sangat berharga bagi membantu Warisan mengenal pasti mana satu lawan dan mana satu kerajaan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.