Skuad B-22 jalani latihan bawah 6 darjah celcius

Skuad B-22 menjalani latihan sulung di Stadium MFF Ulaanbaatar

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 22 tahun (B-22) menjalani latihan pertama di Mongolia di bawah suhu enam darjah celcius.

Memetik Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), latihan sulung itu diadakan di Stadium MFF Ulaanbaatar setibanya mereka di Mongolia hari ini.

Skuad negara yang menghantar skuad B-22 bakal memulakan aksi Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Loas pada 25 Oktober ini (Isnin) diikuti menentang tuan rumah Mangolia pada 28 Oktober 2021 dan menutup perlawanan menentang Thailand pada 31 Oktober 2021.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.