Ibu bapa selfie tepi jalan, anak terkorban

Kemaskini

LAMPUNG SELATAN- Padah berswafoto di tepi jalan raya, sepasang suami isteri maut dirempuh lori (gambar) dalam satu kemalangan di Tanjakan Tarahan, Jalinsum KM21-22, Desa Tarahan, Lampung Selatan, Indonesia pagi tadi.

Media Indonesia melaporkan, sebelum berlakunya kemalangan, pasangan tersebut menghentikan motosikal jenis Yamaha N Max di tepi jalan untuk bergambar.

Tindakan itu turut mengorbankan dua anak mereka masih kecil.

Mangsa maut dikenali, Jufebri Mars dan Santiah masing-masing berusia 35 tahun serta Dini Pratiwi dan Dino Framdan,8, beralamat Desa Tanjung Aman, Kecamatan Kota Bumi Selatan, Kabupaten Lampung Utara.

Kompas melaporkan, pasangan terbabit sudah diingatkan pengguna kenderaan supaya tidak berswafoto di kawasan tersebut kerana mengundang bahaya.

Saksi dikenali Asmawan, dia telah menegur pasangan berkenaan supaya tidak berhenti di kawasan itu.

“Saya bilang sama mereka jangan berhenti di kawasan itu kerana berbahaya. Kemudian saya langsung pulang,”katanya.

Katanya, selang beberapa minit, dia menerima khabar berlaku kemalangan di jalan berkenaan.

“Saya datang ke lokasi lagi ternyata satu keluarga itu mengalami kecelakaan. Saya lihat mereka sudah terbaring di jalan dan motornya rosak teruk,”katanya kepada Kompas.

Sementara itu, Ketua Polis Lampung Selatan, AKP M Kasyfi berkata, lori dipandu Fiki Ariyanto,22, dari Bakauheni menuju Bandar Lampung didapati bergerak laju.

Menurutnya, ketika meneruni jalan bercerun, pemandu terbabit tidak dapat memperlahankan kenderaan.

“Sesampainya depan pos polisi Tarahan pengemudi kenderaan lori tidak dapat menguasai kenderaan sehingga merempuh motosikal dinaiki tiga beranak yang sedang berhenti di tepi jalan,”katanya

Rentas7.com/photo Kompas.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.