JomLaunch Youth 2022 tarik 1000 penyertaan dari lebih 50 IPT

 

KUALA LUMPUR-Majlis Penutupan JomLaunch Youth 2022 di Pusat Danganan Dunia (WTC)Kuala Lumpur semalam.

Inisiatif JomLaunch Youth 2022 ini bertujuan untuk menyediakan platform dan peluang kepada belia Malaysia untuk mendalami bidang teknologi tinggi melalui tiga pilihan modul pembelajaran iaitu Internet of Things(IoT), Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar dan Pembangunan Aplikasi Web yang dilaksanakan secara percuma.

Malaysia Techlympics yang merupakan salah satu inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dilaksanakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah menjalin kerjasama dengan JomWeb selaku rakan korporat bagi menjayakan program JomLaunch Youth 2022.

Menteri MOSTI, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, ia sebahagian daripada usaha MOSTI untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi dan memperkasa agenda STI negara.

“Sejak JomLaunch Youth dilancarkan pada Jun 2022, seramai lebih 1,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada belia berusia antara 18 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus percuma yang disediakan.

“MOSTI berharap di akhir pelaksanaan program ini, idea-idea yang berjaya akan dapat 1dikumpulkan bersama 2,000 idea STI lain yang berpotensi untuk dikomersialkan di bawah payung Malaysia Techlympics kelak,”katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, JomLaunch Youth telah berjaya menarik minat dan penyertaan daripada lebih 50 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Justeru, kandungan kursus yang dirangka untuk JomLaunch Youth adalah sangat unik dan terkini, sejajar dengan keperluan kemahiran yang memenuhi permintaan pihak industri,”katanya.

Tambah beliau, tenaga pengajar berpengalaman turut menjadi mentor kepada para peserta dan telah mengadakan beberapa sesi webinar secara langsung sepanjang lima bulan program berlangsung.

“Ini membolehkan para peserta berinteraksi secara terus dengan tenaga pengajar dan mendapatkan bantuan serta nasihat yang diperlukan”.MOSTI yakin, menerusi program sebegini, Malaysia mampu melahirkan generasi muda yang celik sains, teknologi dan inovasi (STI) serta para inovator muda yang berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi tinggi untuk masyarakat.

“Ini seterusnya dapat memangkin ekonomi berasaskan inovasi.Inisiatif ini juga mampu meningkatkan kebolehan dan kesediaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi tinggi seterusnya memangkin Malaysia dalam pertumbuhan ekonomi baharu, penerimagunaan teknologi termaju, membina bakat changemaker serta menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.