Angkara COVID-19, semua liga FAM tanpa penonton, ditangguh

KUALA LUMPUR- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan perlawanan CIMB Liga Super 2020, Liga Perdana, M3, M4, Piala Belia dan MPFL 2020 akan diadakan tanpa penonton.

Keputusan itu dibuat berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Hamidin berkata, perlawanan tanpa penonton berkuatkuasa bermula Jumaat (hari ini), Sabtu dan Ahad sebelum kesemua perlawanan ditunda.

“Seterusnya, berkuatkuasa Isnin iaitu 16 Mac 2020, semua pertandingan anjuran FAM & MFL termasuk perlawanan Shopee Piala FA Malaysia dan Piala Presiden 2020 ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik berikutan penularan wabak itu ke 125 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.