KUALA LUMPUR- Sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh dikesan aktif di media sosial.
Facebook menggunakan Nurul Izzah Anwar itu bagaimanapun “kantoi” apabila penggunanya memberikan maklumat mengelirukan.
Pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya mengambil maklum kewujudan akaun Facebook palsu itu.

“Pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh mengambil maklum tentang akaun Facebook palsu yang telah direka dibawah nama Nurul Izzah Anwar.
“Akaun Facebook ini bukan milik YB Nurul Izzah,”katanya dalam kenyataan di Facebook Nurul Izzah Anwar, hari ini.
Akaun Facebook palsu menggunakan gambar Nurul Izzah
Kata kenyataan itu lagi, akaun rasmi bagi Facebook pemimpin gabungan PH itu adalah Nurul Izzah Anwar yang mempunyai 800 ribu pengikut.

Nurul Izzah merupakan puteri sulung kepada bakal Perdana Menteri kelapan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
Pada 17 Disember 2018, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Tindakan mengejut itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah dalaman PH.
Rentas7.com
Leave a Reply