Kabinet baharu: PUTRA Kedah ucap tahniah

KUALA LUMPUR– Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia ( PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) secara peribadi berpuas hati dengan pembentukan Kabinet baharu kerajaan.

Menurutnya, PUTRA Kedah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik.

“Saya secara peribadi berpuas hati dengan Perlantikan Jemaah Menteri di mana jawatan penting diberikan kepada Pemimpin Melayu.

“Saya yakin barisan menteri- menteri ini amat mantap kerana mereka semuanya berpengalaman dan susunannya sama timbangannya dengan kerjasama parti- parti yang mendukung sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Beliau berkata,
kebanyakan muka lama yang berpengalaman, dan hanya beberapa orang saja muka baru.

“Sama- samalah kita mengharapkan kabinet baru ini di bawah Perdana Menteri ke-9 dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan membantu negara pulih daripada COVID-19 di samping mengembalikan kedudukan ekonomi negara dalam keadaaan baik,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan senarai Kabinet.

Mustafa berkata, PUTRA Kedah akan menyokong perkara yang baik dilaksanakan oleh kerajaan dan menegur serta menasihati kerajaan jika ada kepincangan dalam perjalanan pemerintahan.

“Kami juga ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaaan ke-64 semoga Allah memberkati negara kita di dalam rahmat,” katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.