Dengan Laos pun tak lepas

Malaysia B-19 tewas kepada pasukan lemah Laos

KUALA LUMPUR– Malaysia Bawah 19 tahun (B-19) mempertahankan rekod tanpa kalah Kumpulan B Kejuaraan AFF B-19 dicalarkan Laos selepas tewas 1-0 di Stadium Patriot Candrabhaga Bekasi petang tadi.

Bagaimanapun kekalahan memaluka itu masih melayakkan Malaysia selaku juara Kumpulan B dengan tujuh mata sekaligus bertemu Vietnam di separuh akhir.

Laos yang memperoleh gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-68 hasil jaringan Phouttavong Sanggilay mengumpul 12 mata maksimum muncul Juara Kumpulan B.

Pasukan itu akan bertemu Thailand di separuh akhir.

Kekalahan skuad kendalian Hassan Sazali Waras kepada pasukan kerdil Laos tidak dapat diterima penyokong negara.

Kebanyakan peminat mengkritik keputusan itu serta corak permainan terutamanya mutu kawalan dan hantaran bola.

Keputusan itu mengulangi skrip kekalahan dua kali Malaysia B-23 kepada Laos B-23 pada kejuaraan AFF B-23 2022 sebelum ini.

Pada saingan itu Malaysia B-23 tewas 2-1 dan 2-0 kepada Laos B-23.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.