Serangan beruk semakin menjadi-jadi

Seekor beruk dilihat berada atas sebuah bumbung rumah penduduk

KULIM– Serangan beruk di Taman KUBRC Fasa Satu Kulim Hitech semakin menjadi-jadi.

Menurut penduduk ingin dikenali Ayob, 40, taman mereka menjadi tumpuan sekumpulan beruk hampir sebulan lalu.

“Beruk-beruk ini semakin berani naik atas bumbung rumah penduduk termasuk cuba masuk ke dalam rumah pada waktu siang.

“Kami yakin habitat haiwan ini sudah terganggu dengan aktiviti manusia menyebabkannya datang ke kawasan manusia,” katanya

Katanya, pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan wajar di atas masalah sedang dihadapi penduduk.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.