Cubaan seludup petrol ke Filipina dipatahkan

SANDAKAN– Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 20 tong berisi 600 liter petrol yang cuba diseludup seorang lelaki ke Filipina, semalam.

Menurut Sabah News Today, lelaki berusia 27  tahun itu ditahan pada jam 11.15 pagi di kawasan parkir berhampiran parit besar Batu 3 Sandakan.

Suspek dilaporkan sedang menunggu bot bagi membawa petrol bernilai RM1,248 itu ke negara jiran terbabit.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sepasukan Unit Risikan PPM bertindak melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan suspek ketika melakukan pemantauan di lokasi.

“Hasil pemeriksaan itu kita menemukan 20 tong berisi 600 petrol dipercayai sedang menunggu sebuah bot untuk membawa petrol ke negara terbabit.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu tidak memiliki dokumen kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa barangan susbidi itu,” katanya semalam.

Beliau berkata, suspek telah ditahsn manakala petrol serta kenderaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Rentas7.com

Foto Sabah News Today/ Ihsan PPM Sandakan

Keterangan gambar: Suspek dari kanan ditahan manakala kesemua tong berisi petrol dirampas pihak berkuasa

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.