20 ekor lembu dikorban raya pertama

Salah seekor lembu yang disembelih di sini pagi tadi

PATANI– Sebanyak 20 ekor lembu di Kampung Nakho Hilir dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha pertama, hari ini.

Ibadah korban itu dilakukan sebaik selesai solat sunat Aidiladha di Masjid Darussalam di kampung itu.

Menurut penduduk, jumlah itu tidak termasuk lembu yang akan disembelih pada hari raya kedua dan ketiga.

“Jika ikutkan, tahun-tahun sebelum ini jumlah lembu dikorbankan lebih banyak berbanding tahun ini.

“Tetapi oleh kerana masalah ekonomi, sebahagian lagi penduduk kampung tidak mampu untuk menyertai ibadah korban,” katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan lembu akan dikorbankan oleh penduduk kampung Nakho Hilir ialah sebanyak 30 ekor.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.