KUALA KETIL - Seramai 40 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (UniSHAMS) mula kembali ke kampus seiring dengan Fasa 3 Program Pemulihan Negara, hari ini. UniSHAMS di Facebook rasmi memaklumkan kemasukan itu melibatkan pelajar Kuliah Perubatan & Sains Kesihatan. Menurut kemas kini itu, para penuntut akan mula menjalani pengajian secara bersemuka mulai esok. Antara paparan gambar dimuat ...
KUALA LUMPUR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA Kedah menuntut pendedahan Pandora Papers diteliti dan disiasat secara terperinci. Ketua Perhubungan Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pendedahan dibuat oleh International Consortium of Investigate Journalist (ICIJ) perlu dipandang serius. Menurutnya, dalam masa sama pihaknya berharap siasatan dibuat secara telus dan adil tanpa kepentingan politik. "PUTRA menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ...
Laporan: Nur Aimuni Abdul Karim SIK - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sik mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap seekor ular sawa dalam sebuah reban penduduk kampung, kelmarin. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, reptilia berkenaan berukuran enam meter dan seberat 20 kilogram. "Pusat Kawalan Operasi Daerah Sik terima panggilan dari Encik ...
KULIM - Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) daerah Kulim tampil membantu beberapa keluarga B-40 di Kampung Sungai Ular dan Taman Sri Mahkota hari ini. Pengerusinya, Mohd Hadi Firdaus Ang berkata, mereka yang dibantu melibatkan warga emas, keluarga OKU, dan ketua keluarga terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Semoga dengan sedikit sumbangan berupa barangan dapur, susu, sanitizer, pelitup muka dan wang zakat ...
KUALA LUMPUR- Skuad Bawah 20 tahun (B-20) negara sekadar raih keputusan seri menentang Skuad Projek FAM-MSN petang tadi. Turun dalam perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, kedua- dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 0-0. Skuad B-20 kendalian Brad Maloney dalam persiapan menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia Oktober depan. Kelmarin, skuad B-20 yang tewas tipis ...
ALOR SETAR- Pekan Mahang yang bersempadan Bukit Bertam Negeri Perak yang kebiasaannya meriah dengan aktiviti perniagaan kini ibarat pekan 'mati'. Ia sunyi tanpa aktiviti sosial di kalangan penduduk setempat. Ini kerana penduduk di kedua-dua buah negeri mengambil sikap patuh dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan RENTAS7 petang tadi di sempadan Kedah-Perak mendapati peniaga warung dan ...
BALING - Seorang lelaki dari Taman Abadi di sini patah tulang kecil belakang leher akibat kemalangan jalan raya. Ayah mangsa, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, anaknya Abdul Hakim Khan, 22, yang memandu kereta terbabas selepas cuba mengelak motosikal yang keluar dari sebuah simpang. "Keadaan anak sudah semakin pulih, terima kasih semua yang mendoakan," katanya. Musibah menimpa Abdul Hakim menarik simpati ...
Laporan: Nur Aimuni Abdul Karim SIK - Dua ekor ular sawa berjaya dijerut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia di Kampung Jeniang semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Roslan Razli,43, pada jam 2.25 petang. APM tiba di lokasi pada jam 2.50 petang. Menurutnya, salah seekor reptilia berkenaan dianggarkan seberat 45 ...
BALING - Sebanyak 50 keluarga dalam daerah ini menerima hamper makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (PERKEBA), baru-baru ini. Setiausaha Kehormat PERKEBA, Mohd Nazry Bidin berkata, ia bertujuan meringankan bebanan keluarga yang terkesan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya, antara yang dibantu adalah lima warga emas termasuk pesakit terlantar di Kampung Tembak B. "Barangan keperluan harian ini adalah ...
KULIM - Dua jenis kuih tradisional Melayu yang dijual di sini sejak sebulan lalu laris bagaikan pisang goreng panas. Kuih loyang dan kuih kapal terbang berperisa manis itu nyata memikat hati sesiapa sahaja yang menikmatinya dan dalam diam ia bagaikan mempunyai peminat tegar. Penjualnya, Sofia Harun,31, berkata, dia sendiri tidak menyangka usaha menjual kuih berkenaan sejak sebulan lalu mendapat permintaan ...













