Penuntut mula masuk UniSHAMS

Pelajar mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran

KUALA KETIL – Seramai 40 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (UniSHAMS) mula kembali ke kampus seiring dengan Fasa 3 Program Pemulihan Negara, hari ini.

UniSHAMS di Facebook rasmi memaklumkan kemasukan itu melibatkan pelajar Kuliah Perubatan & Sains Kesihatan.

Menurut kemas kini itu, para penuntut akan mula menjalani pengajian secara bersemuka mulai esok.

Antara paparan gambar dimuat naik menunjukkan pelajar menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai iktiar menyekat penularan wabak COVID-19.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.