Sawa dalam reban tumpas

Ular berkenaan berjaya ditangkap APM selepas 30 minit
facebook sharing button
twitter sharing buttonmessenger sharing button
Laporan: Nur Aimuni Abdul Karim

SIK – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sik mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap seekor ular sawa dalam sebuah reban penduduk kampung, kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik,
Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, reptilia berkenaan berukuran enam meter dan seberat 20 kilogram.

“Pusat Kawalan Operasi Daerah Sik terima panggilan dari Encik Mohd Azman Yunus, 41, mengenai seekor ular dalam reban ayam.

“Skuad Golf bergegas ke kediamannya di Kampung Charuk Pelanduk Sik” katanya.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, reptilia spesies Sawa tersebut berada di atas jaring bahagian atap reban ayam.

“Lebih 30 minit bergelut, reptilia tersebut berjaya dijerut,” katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.