PERKEBA bantu 50 buah keluarga

Mohd Nazry (kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Kampung Tembak B

BALING – Sebanyak 50 keluarga dalam daerah ini menerima hamper makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (PERKEBA), baru-baru ini.

Setiausaha Kehormat PERKEBA, Mohd Nazry Bidin berkata, ia bertujuan meringankan bebanan keluarga yang terkesan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, antara yang dibantu adalah lima warga emas termasuk pesakit terlantar di Kampung Tembak B.

“Barangan keperluan harian ini adalah hasil sumbangan daripada AlAmmar Nasi Kambing Power (Chomel Viral Outlet), Kg Charok Bemban, Kupang Baling dan Cikgu Makiah Mohamed Isa iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Jemerli Kuala Ketil.

“PERKEBA menerima 50 hamper berupa barangan keperluan harian dari kedua-dua penyumbang ini,” katanya.

Menurutnya, kesemua hamper tersebut telah selesai diagihkan .

“Saya mewakili Tuan Hj Mohd Noor Mohd Amin, Penaung kepada PERKEBA, NGO Sahabat serta AJK PERKEBA mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kepada kedua-dua penyumbang ini kepada rakyat Baling.

“Kami juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang berupa barangan keperluan harian, pampers kanak-kanak, susu dewasa dan lain-lain boleh hubungi PERKEBA di talian 011-10861629,” katanya.

Menurutnya, barangan yang diterima akan disumbangkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.