Pandora Papers: Siasat secara terperinci

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA Kedah menuntut pendedahan Pandora Papers diteliti dan disiasat secara terperinci.

Ketua Perhubungan Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pendedahan dibuat oleh International Consortium of Investigate Journalist (ICIJ) perlu dipandang serius.

Menurutnya, dalam masa sama pihaknya berharap siasatan dibuat secara telus dan adil tanpa kepentingan politik.

“PUTRA menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain membuat siasatan seterusnya mengambil tindakan. Beberapa pihak juga termasuk PUTRA sendiri telah membuat laporan polis berhubung isu ini.

“Pendedahan yang mengaitkan beberapa individu dari negara ini jika benar amat memalukan maruah Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, ICIJ pada Ahad lalu melibatkan 600 wartawan daripada 150 organisasi media di 117 digelar Pandora Papers mendedahkan beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebiriti dan pengedar dadah menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain.

Pendedahan menerusi 12 juta fail dimiliki 14 firma di serata dunia.

Mustaffa berkata, beliau menuntut siasatan turut dibuat ke atas pemimpin pembangkang.

“PUTRA Kedah mahu siasatan tidak melibatkan individu yang dikaitkan saja. Tetapi pemimpin pembangkang yang ada pada hari ini juga patut disiasat.

“Kita mahu semua pemimpin kerajaan mahupun pembangkang bersih daripada kegiatan memiliki pemilikan akaun luar persisir,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.