Abdul Hadi dibenarkan keluar IJN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke IJN pada 15 Februari bagi menerima rawatan selepas mengalami sesak nafas.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini saya telah dibenarkan untuk pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin,”katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi turut menzahirkan terima kasih kepada petugas IJN yang memberikan rawatan terhadapnya.

” Pastinya saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada para doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN, atas kecekapan dan profesionalisma yang tinggi, juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya,”katanya.

Beliau berkata, perkembangan dalam dan luar negara turut diikutinya dengan dekat sepanjang tempoh rawatan.

Menurutnya, ia khususnya berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.

“Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama.Dari jendela Institut Jantung Negara, saya berterima kasih kepada semua,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.