KUALA LUMPUR-Seperti di Malaysia, umat Islam di negara jiran turut menyambut Aidilfitri esok. Indonesia, Brunei Singapura dan Thailand turut menyambut Syawal serentak. Bagaimanapun, Aidilfitri tahun ini yang masih terikat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) seperti tahun lalu menjejaskan kemeriahan di semua negara. Ini kerana rakyat yang mempunyai talian kekeluargaan di antara negara-negara jiran masih dihalang masuk untuk bertemu. Rentas7.com ...
KUALA LUMPUR-Virus COVID-19 varian India (B.1.617) telah merebak ke 30 buah negara. Airtime News Network melaporkan, antara 30 negara berkenaan yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)Â ialah Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Virus berkenaan turut dikesan di Malaysia pada 2 Mei lalu pada seorang pekerja India yang menjalani saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu. ...
KUALA LUMPUR- Malaysia menuntut Israel dipertanggungjawabkan selepas tenteranya melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin yang sedang menunaikan ibadah pada malam 26 Ramadan. Malaysia juga menyifatkan serangan itu sebagai biadap dan zalim. Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pencerobohan dan serangan tentera penjajah zionis serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa ...
ALOR SETAR-Kedah mencatatkan 103 kes harian positif COVID-19 hari ini. Jumlah berkenaan termasuk satu kes baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Kluster Bunga Raya. Lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diletakkan dalam senarai kawasan merah. Alor Setar, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu dan Baling ialah daerah terbabit. Rentas7.com ...
ALOR SETAR-Menteri Besar Kedah menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri sepanjang Ramadan ini Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Bazar Ramadan berisiko tinggi pula hanya ditutup selama tiga hari. "Khabar yang melegakan daripada Menteri Kanan Pertahanan Dato' Ismail Sabri Yaakob. "Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri boleh teruskan perniagaan kecuali beberapa bazar berisiko tinggi yang ditutup selama ...
ALOR SETAR-Kedah kembali mencatatkan tiga angka harian positif COVID-19 selepas mengalami penurunan kes untuk sementara sebelum ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, sebanyak 120 Kes direkodkan di Kedah hari ini. Berdasarkan pecahan kes mengikut daerah, Kuala Muda mencatatkan kes positif paling tinggi iaitu 39 kes, diikuti Alor Setar (36), Bandar Baharu (30), Kulim (7), Baling (6), dan satu kes bagi ...
KUALA LUMPUR-Lebih 19,000 peluang pekerjaan bakal tersedia kepada rakyat Malaysia selepas pihak Microsoft Corporation (Microsoft) melabur RM4 billion di negara ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui pelaburan itu, pusat data serantau Microsoft pertama di Malaysia akan dibuka. Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan satu komitmen pihak Microsoft untuk membangunkan landskap ekonomi digital selari dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia ...
KUALA LUMPUR-Semboyan Malaysia tampil membantu Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras Selangor menerusi sumbangan makanan hari ini. Pengasas Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi berkata, bantuan serupa di lokasi sama turut disumbangkan pihaknya semalam. "Dengan bantuan yang berterusan ini, sedikit sebanyak, dapatlah membantu dan meringankan beban walaupun ianya tidaklah sebesar mana. "Bantuan ini diberikan menggunakan Tabung Semboyan Kasih yang dikumpul dari orang ...
KUALA LUMPUR-Kedah termasuk senarai negeri yang dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 15 hingga 28 April depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain Kedah, sembilan lagi negeri termasuk Wilayah dikekalkan status PKPP. Menurutnya, keputusan itu diambil selepas penilaian risiko dan cadangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) "10 negeri termasuk wilayah kekal status ...
KUALA LUMPUR- Umat Islam di Malaysia dan beberapa buah negara jiran mula melaksanakan solat sunat Terawih malam ini. Ia berikutan pengumuman pelaksanaan ibadah oleh pihak berkuasa agama masing-masing. Selain Malaysia, negara jiran yang akan mula menyambut Ramadan esok ialah Thailand, Indonesia dan Singapura. Kaedah digunakan Malaysia bagi tarikh permulaan puasa dengan menggunakan rukyah dan hisab. Rentas7.com ...












