Peneroka haram Israel bunuh remaja Palestin

Peneroka haram Israel membunuh remaja Palestin berusia 15 tahun hari ini

KUALA LUMPUR– Keganasan pendatang haram Yahudi dan tentera Zionis Israel terus berleluasa apabila melalukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 139 penduduk Palestin maut dengan 39 daripadanya kanak-kanak dan 22 wanita setakat ini.

1000 orang lagi dilaporkan cedera.

Di Ramallah, seorang remaja Palestin berusia 15 tahun menjadi salah satu mangsa korban.

Mangsa mati ditembak di kepala oleh peneroka haram Israel dalam kejadian berhampiran perkampungan Bitello, Barat Laut Ramallah lapor Palestine International Broadcast hari ini.

Sementara itu rakyat Malaysia tunggal yang tinggal di Semenanjung Gaza, Nadir Al-Nuri turut berkongsi perkembangan terkini di Facebooknya hari ini.

“Pembunuhan paling besar setakat ini berlaku pagi tadi melibatkan sembilan orang syuhada’, tujuh daripada mereka ialah kanak-kanak.

“Kalau kalian nak tengok wajah sebenar penjajah yang menyebabkan doktor naik gila kerana mangsa yang sampai ke hospital dalam keadaan berkecai, ayah yang menangis gembira kerana menyangka anaknya semua telah meninggal tetapi rupanya ada seorang masih hidup, singgahlah di t.me/nadiralnuri (Telegram),”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.