Perluasan vaksinasi secara walk-in kepada golongan khas

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR– Usaha vaksinasi terus dipertingkat di seluruh negara menerusi inisiatif vaksinasi walk-in yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluaskan ke Pusat-Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di seluruh Malaysia untuk kumpulan tertentu dalam masa terdekat.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merupakan Menteri Penyelaras Program Vaksin COVID-19 Kebangsaan berkata, Negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak telah memulakan inisiatif walk-in kepada warga emas, termasuk Kelantan yang membuka secara pra-tempahan.

“Perincian pelaksanaan vaksinasi secara walk-in akan dimaklumkan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

“Ini termasuklah penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara walk-in di PPV bagi setiap negeri.

“Vaksinasi secara walk-in adalah dikhususkan untuk kumpulan seperti
warga emas, orang Kurang Upaya (OKU),
Individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas dan individu yang terlepas suntikan dos kedua,”katanya.

Beliau berkata, mereka boleh pergi ke mana-mana PPV yang berhampiran dengan kediaman.

“Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka, mereka akan dirujuk ke PPV lain.

Beliau berkata, guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pengajian Malaysia ( KPM).

“Bagi penduduk Lembah Klang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas, tetapi ingin walk-in untuk dos pertama kerana tiada janji temu, mereka perlu pergi ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini.

“Walk-in ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini juga kini dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula hanya jam 2 petang,”katanya.

Khairy berkata, wanita hamil tidak digalakkan untuk walk-in, sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin (EDD) ke PPV yang bersesuaian.

“CITF juga ingin memaklumkan bahawa jumlah walk-in harian adalah bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV.

“Mereka yang tidak berpeluang mendapat vaksinasi pada hari tersebut, ekoran kehabisan bekalan vaksin di PPV, nama mereka akan disenaraikan sebagai keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi pada keesokan harinya,”katanya.

Menurutnya, CITF juga memohon agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memberi kerjasama kepada petugas di PPV ketika hadir untuk mendapatkan vaksinasi secara walk in bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dan memastikan kelancaran proses vaksinasi dan keselamatan di PPV.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.