KUALA LUMPUR- Penantian siapa bakal menerajui kepimpinan negara terjawab apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini. Pelantikan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Beliau akan mengangkat ...
ALOR SETAR-Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan Daerah Yan dan Kuala Muda diklasifikasikan sebagai Kawasan Bencana Tahap 1. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20. "Sehubungan itu, semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan musibah ...
ALOR SETAR- Mangsa hilang membabitkan seorang pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia malam tadi . Memetik Harian Metro, mayat Sharuzi Mohamad,53, ditemukan pasukan penyelamat pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit, jam 10.35 malam. Mangsa dilaporkan ditemui di sebalik timbunan ranting kayu dan dalam lumpur. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ...
ALOR SETAR- Seorang daripada tiga mangsa tragedi kepala air di Gunung Jerai masih belum ditemui akibat terperangkap. Harian Metro melaporkan, kesemua mangsa terbabit adalah kakitangan Jerai Hill Resort terselamat. Tiga daripada empat mangsa dilaporkan selamat. Mangsa cedera dikenali Muhamad Muslim Shari,36 dan Muhamad Soleh Abdul Halim,30, dan Muhammad Siraj manakala Muhammad Siraj Munir Muhamad Abdul Malek,33, tidak mengalami cedera. Operasi ...
KUALA LUMPUR- Malang kepada bangsa Melayu sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali mentadbir Putrajaya. Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PHÂ mempunyai 'dosa' yang banyak kepada orang Melayu apabila agama Islam diperlecehkan. "PH memberikan ruang amat besar kepada kelompok LGBT hingga kumpulan itu berani mencabar umat Islam. "Antaranya kita boleh lihat pelantikan aktivis gay, ...
KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md. Yasin dan seluruh Jemaah Menteri berkuat-kuasa serta merta, hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Indra Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, susulan peletakan jawatan berkenaan, Seri Paduka telah berkenan supaya Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker ...
PUTRAJAYA - Keputusan menamakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Md Yassin tular di media sosial, hari ini. Kenyataan media yang kononnya dikeluarkan oleh Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun telah disahkan palsu oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Hamzah mengesahkan kenyataan tersebut tidak benar menerusi Facebook rasminya. Menerusi isi ...
KUALA LUMPUR- Usaha vaksinasi terus dipertingkat di seluruh negara menerusi inisiatif vaksinasi walk-in yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluaskan ke Pusat-Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di seluruh Malaysia untuk kumpulan tertentu dalam masa terdekat. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merupakan Menteri Penyelaras Program Vaksin COVID-19 Kebangsaan berkata, Negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, ...
KUALA LUMPUR- Kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dikekalkan hingga PRU-15 bagi mengelakkan krisis politik di negara ini berulang. Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan, Parlimen akan terbubar sekaligus mengheret negara seperti krisis politik setelah Tun Dr Mahathir Mohammad meletakkan jawatan pada tahun ...
Jeneral Lin, seorang Pegawai Tentera Empat Wilayah yang digambarkan sebagai watak antogonis dalam novel Guruh Mimpi. Sifat bengis, sombong dan kasar menghiasi watak Jeneral Lin dalam buku berkenaan. Lin pegawai tentera yang pernah terselamat dalam sebuah serangan hendap, ditugaskan memburu kumpulan pembebasan yang diisytiharkan kerajaan sebagai pemisah. Di akhir kisah novel Lin sekali lagi terperangkap dalam dilema. Lin yang digambarkan ...












