Tak bertanggungjawab, hadang pili bomba

Meja makan yang diletakkan di atas pili bomba

KUCHING-Pengusaha sebuah kedai makan di sini mengabaikan keselamatan orang ramai apabila bertindak menghadang pili bomba dengan peralatan premis.

Unit Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, pasukan bomba telah bertindak melakukan pemeriksaan terhadap premis pada malam ini berkenaan selepas menerima laporan.

“Sebuah premis di Kuching telah diperiksa selepas menghadang pili bomba dengan meletakkan peralatan milik premis yang mana boleh mengganggu sekiranya berlakunya kebakaran di lokasi tersebut,”katanya dalam satu kenyataan.

Meja dan kerusi yang menghadang pili bomba tersebut telah dialihkan pihak premis selepas menerima amaran.

Kenyataan berkata, air adalah “peluru” utama yang digunakan oleh pasukan bomba bagi memadam dan menentang kebakaran.

“Masyarakat adalah dinasihatkan agar menjaga pili bomba di sekitar kawasan atau kediaman.

“Sekiranya terlihat atau terserempak dengan kejadian yang akan membawa kerosakan kepada Pili Bomba, mohon untuk terus lapor kepada balai bomba yang berhampiran,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.