KULIM- Kanak-kanak India berusia enam tahun yang hilang daripada pangkuan keluarga pada hari ini ditemui dengan selamat. Mangsa berasal daripada sebuah flat di sini dipercayai tersesat selepas keluar dari rumah. Kanak-kanak berkenan telah diserahkan pihak polis kepada keluarganya.   RENTAS7 ...

KUALA KETIL - Surau Al Barakah Kampung Tembak B menerima sumbangan tunai daripada orang ramai bagi membeli set lengkap pembesar suara. Ahli Jawatankuasanya, Ilyas Salleh berkata sumbangan itu membolehkan azan dilaungkan menggunakan pembesar suara seperti biasa setelah peralatan itu dicuri kira-kira dua minggu lalu. "Kami mendoakan semua yang menyumbang sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah," katanya hari ini. Pada 31 Ogos ...

KUALA KETIL - Demi mengangkat martabat Bahasa Melayu, RENTAS7 menyampaikan sumbangan sejumlah buku novel dan puisi kepada Maahad Tahfiz Al Naim di sini hari ini. Jurucakapnya, Mohd Zukhi Ghazali berkata, buku-buku Bahasa Melayu berkenaan disumbangkan menerusi progam' Semarak Bahasa Ibunda'. Menurutnya, sumbangan buku-buku tersebut kepada RENTAS7 oleh Novelis Singapura, Bunda Rohani Din. "Buku-buku ini diamanahkan oleh Novelis dari Singapura, Bunda ...

ALOR SETAR - Sebanyak 5,000 bakul makanan tambahan akan diedarkan kepada penduduk terkesan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kota Setar. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan itu melibatkan dua lokasi dalam Mukim Kuala Kedah. "Alhamdulillah .Kerajaan Negeri Kedah melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar akan mula mengedarkan bakul makanan tambahan kepada penduduk yang ...

KUALA KETIL- Hasrat penduduk Kampung Kuala Cahaya dan Kampung Morang untuk menggunakan jalan berturap tar akhirnya tercapai setelah 20 tahun penantian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, jalan Kampung Morang menghala Kampung Kuala Cahaya akhirnya siap sepenuhnya untuk digunakan. Menurutnya, penduduk kampung mendakwa jalan berkenaan tidak diperbaiki sejak 20 tahun lalu. "Tu dia, Alhamdulillah ...

PUTRAJAYA-Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba menuntut penambahan tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan jangkauan luar di Johor. Menurutnya, dengan pertambahan tujuh lagi PPV jenis itu, jumlah keseluruhan PPV bergerak dan jangkauan luar di Johor meningkat kepada 20. "Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) diminta menambah sejumlah tujuh lagi PPV bergerak dan jangkauan luar di ...

KUALA LUMPUR-Kerajaan perlu meletakkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi klinik dan hospital swasta yang menjalankan suntikan vaksinasi. Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia berikutan pendedahan media arus perdana terhadap cubaan merasuah doktor oleh individu yang menolak vaksin bagi tujuan memalsukan sijil vaksinasi. "Perkara ini perlu dipandang serius dan diatasi. PUTRA Kedah ...

PUTRAJAYA, 31 OGOS 2021-Sambutan Hari Kebangsaan 2021 telah diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos 2021 (Selasa), pukul 8.00 pagi. Selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hari Kebangsaan pada tahun ini diadakan berkonsep sambutan secara terbuka (outdoor), terkawal dan berskala kecil serta penglibatan fizikal yang terhad tanpa melibatkan kehadiran orang awam di lokasi. Seluruh rakyat ...

KUALA KETIL- Surau Al Barakah Kampung Tembak B (gambar) di sini memerlukan sumbangan untuk membeli set lengkap pembesar suara. Ahli Jawatankuasa Surau Al Barakah Kampung Tembak B, Ilyas Salleh berkata, kos yang diperlukan ialah RM8,000. "Surau kami amat memerlukan sumbangann membeli set pembesar suara bagi mengalunkan azan solat lima waktu dan pengajian agama. "Pembesar suara yang ada telah dicuri beberapa ...

YAN - Mangsa tragedi banjir kilat dan aliran puing di sini dibantu menerusi program 'Sekampit Beras Bagi Menyapu Air Mata Yan' semalam. Mereka dibantu Kumpulan Motosikal Berkuasa Tinggi, Northern Versys Owner Group (NVOG) dan Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (REKEY). Presiden NVOG & Friends, Ahmad Fazrul Shahril Tajuddeen berkata, menerusi progam itu, mereka membantu menyediakan makanan kepada keluarga mangsa banjir ...