Jawatan Perdana Menteri dimuktamadkan

Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah

KUALA LUMPUR– Jawatan Perdana Menteri kesembilan dimuktamadkan selepas Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 2.30 petang tadi.

Memetik Berita Harian, beliau mengangkat sumpah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Ismail Sabri mengangkat sumpah di di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebelum menandatangani dokumen-dokumen disediakan.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebelum istiadat ditutupi bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah.

Turut berangkat pada istiadat, Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat turut dihadiri pemimpin parti politik yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu.

Artikel berkaitan: http://rentas7.com/ismail-sabri-sah-pm-ke-9/

Beliau menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen meninggalkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh kem Pakatan Harapan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.