Tragedi Gunung Jerai: Seng mula buka kedai

Seng sedang memperbaiki motosikal pelanggan

YANSeng, 62, seorang mangsa banjir kilat di sini sudah mula membuka bengkel motosikalnya selepas tiga hari tragedi berlaku.

Seng perlu mencari semula pendapatannya selepas terjejas teruk akibat bencana itu.

Menurutnya, dia kerugian RM10,000 akibat kejadian yang tidak terjangka itu.

“Banjir paras patut, banyak barang-barang kedai rosak termasuklah kereta saya. Semuanya dianggarkan RM10,000,” katanya kepada RENTAS7 hari ini.

Katanya, dia telah membuat laporan polis dan sedia maklum akan bantuan kerajaan bernilai RM500 kepada keluarga terjejas banjir kilat berkenaan.

Banjir kilat berpunca tragedi ‘kepala air’ Gunung Jerai mengorbankan enam nyawa.pp

Lebih 1,000 rumah dan premis terjejas.

Kerajaan negeri mengumumkan bantuan RM500 kepada keluarga terjejas banjir kilat dan RM5,000 kepada keluarga mangsa terkorban.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.